Jumat, 05 April 2013

Ya Allah, ampunilah dosaku karena Cinta......

Selama ini aku menjadikan cinta manusia adalah segala-galanya sehingga aku terlupa Cinta dan RahmahMu yang Maha Besar yang melindungi diriku selama ini.

Engkau mentakdirkan cinta ini agar aku rasa bahagia lalu merafa'kan kesyukuran padaMu.

Engkau mentakdirkan kecewa agar aku menginsafi cinta manusia tidak sehebat kasih sayangMu.

Ampunilah daku ...Ya Allah kerana lalai dalam mengingatiMu....

Ya Allah, aku mohon padamu agar dikurniakan penjaga diriku di Syurga, seorang teman hidup sebagai suami,

seorang lelaki soleh yang memimpin tanganku menuju ketaatan padaMu, yang mengasihi diriku sepenuh jiwa raganya,

yang mencintai diriku kerana cintanya pada keredhaanMu, yang bisa menghapuskan air mata kerana duka dunia, yang bisa melakarkan senyum kerana bahagia dalam RahmatNya.

Aku mohon Ya Allah, hati ini sentiasa bergantung harapan padaMu dalam soal jodoh ini.

Ya Allah, andai Engkau takdirkan tiada jodohku di dunia, jadikanlah hatiku redha dan sabar akan pertemuan denganMu di akhirat sana, di mana di hari yang kekal itu aku mohon agar dapat mengecap nikmatMu di Syurga, dan bertemu penjagaku di sana....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar